09 October 2009

Tidur


Training tidak dapat dilakukan akhir-akhir ini kerana tidak cukup tidur. Pernah satu ketika dahulu salah seorang coach ku mengaskan bahawa tidur kurang 6 jam tidak boleh melakukan training, ujarnya lagi mimpi yang boleh diingati adalah tidur yang tidak berkualiti betulke ?. Artikel ini kupetik dari Wikipedia untuk dikongsi bersama.

Tidur ialah keadaan rehat badan semula jadi yang dialami seluruh dunia fauna. Tidur diamalkan oleh semua mamalia dan burung, dan turut diperhati pada kebanyakan reptilia, amfibia dan ikan. Bagi manusia, mamalia-mamalia lain, dan kebanyakan besar haiwan-haiwan lain yang pernah dikaji seperti ikan, burung, semut, dan bari-bari. tidur secara kerap adalah penting untuk kedirian. Namun, tujuan tidur tidak jelas sepenuhnya, sebaliknya masih menjadi titik tengah kaji selidik yang berterusan.

Allan Rechtschaffen dan Anthony Kales asalnya menggariskan kriteria membahagikan tahap-tahap tidur pada tahun 1968. Akademi Perubatan Tidur Amerika (The American Academy of Sleep Medicine, AASM) mengemaskini panduan ini pada tahun 2007.

Yayasan Tidur Kebangsaan di Amerika Syarikat mengesyorkan bahawa tidur selama lapan hingga sembilan jam bagi manusia dewasa adalah optima serta tidur yang mencukupi adalah bagus untuk kecergasan mental, daya ingatan dan penyelesaian masalah, serta kesihatan keseluruhan, dan juga mengurangkan risiko kemalangan.Satu kajian yang dijalankan di Sekolah Perubatan Universiti Pennsylvania pada tahun 2003 menunjukkan bahawa prestasi kognitif menyusut jika tidur kurang daripada lapan jam.

Bagaimanapun, satu kajian psikiatri terhadap sejuta orang dewasa oleh Universiti California, San Diego mendapati bahawa orang yang paling panjang umurnya melaporkan diri mereka tidur selama enam hingga tujuh jam setiap malam. Satu lagi kajian mengenai tempoh tidur dan risiko kematian terhadap wanita turut memberi hasil sedemikian.

Kajian-kajian lain pula mendakwa bahawa "tidur melebihi 7 hingga 8 jam sehari sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kematian", namun kajian ini membayangkan puncanya mungkin faktor-faktor lain seperti kemurungan dan darjat sosio-ekonomi yang turut berkorelasi dalam statistik.Pernah difikirkan bahawa korelasi antara tidur lebih singkat dan pengurangan risiko kematian hanya berlaku dengan sesiapa yang bangun selepas kurang tidur secara semula jadi berbanding sesiapa yang memakai jam loceng.

Tempoh tidur mengikut usia

Kanak-kanak memerlukan lebih masa tidur sehari berbanding dewasa agar dapat mengembang dengan betul: selebihnya 18 jam bagi bayi baru lahir, dan masa tidur beransur berkurangan sambil kanak-kanak itu membesar.

Usia Jumlah tidur purata seharian
Baru lahir sebanyak 18 jam
1-12 bulan 14–18 jam
1-3 tahun 12-15 jam
3-5 tahun 11-13 jam
5-12 tahun 9-11 jam
Remaja 9-10 jam
Dewasa, termasuk golongan tua 7-8 (+) jam
Wanita hamil 8 (+) jam

"Hutang tidur" adalah kesan kekurangan rehat dan tidur; hutang sebegini yang besar boleh mengakibatkan keletihan mental dan fizikal. Para saintis tidak sebulat suara mengenai berapa banyak hutang tidur yang boleh dikumpul atau kejadian hutang tidur di kalangan orang dewasa makin menjadi-jadi di negara-negara berindustri atau pada zaman-zaman terkini. Ada kemungkinan bahawa kanak-kanak masyarakat Barat zaman sekarang makin kurang tidur berbanding zaman dahulu.

No comments: