13 October 2009

Minggu Silaturahim melalui Rumah Terbuka

Hari sabtu dan ahad yang lalu tiada apa yang menarik melainkan daripada open house. Chap Ayam runner ke Kinabalu Climbathon, Farid ke cabaran Pulau Perhentian dan ada juga runner-runner ke Klang Centro, Aku? aku hanya memenuhkan hari mingguku di tempat kerja sahaja.

Terima kasih kepada Firdaus staff di tempat ku kerana membenarkan aku mengguna mesin Trade Mill ditempatnya pada sabtu yang lalu, ku test sehingga10-15km/h selama 20 minit. Body ku masih mampu sehingga 17km/h-18km/hr namun ku bimbang kerana baru pertama kali menggunakan kemudahan tersebut.

Ku rasa sungguh berbesar hati pada ahad yang lalu apabila dijemput menghadiri rumah terbuka oleh jiran ku iaitu keluarga En. Adha dan En. Arif, rasa seronok tidak terkata apabila dapat bertemu, bersalam-salaman, beramah mesra, bertanya khabar maklumlah masing-masing sibuk dengan tugas harian pada hari-hari biasa. Petikan piano Yasmin dengan membawa lagu I Have a dream dan Selamat Hari Raya menjadikan sesi rumah terbuka kali ini begitu meriah. Terima kasih ku ucapkan kepada jiran-jiran ku yang sungguh budiman. Ku berharap tahun depan ku pula yang membuat rumah terbuka.

Malam minggu ke rumah abangku di Desa, Serdang tumpang keretanya beraya ke Kg. Melayu Subang rumah bapa mertua sepupuku Hafiz ehem..ehemm VIP tuu, sahaja abang ku membawa ku untuk merasai suasana rumah terbuka bertaraf Dato. Memang kelas la... menunya masak lemak ikan patin. Abangku makan tidak beringat walaupun dalam suasana gelap akibat blackout, nasib baik dalam ramai2 tu ada seorang oku pencen Tnb yang menyelesaikan masalah blackout tu.

Ahad pula ke rumah terbuka Zahim rakan ku sewaktu menuntut di politeknik PD dahulu, di sana berjumpa Hilal@toyol, Zulfadzuan@apek, Shahrul anak sorang namanya Maisara Dan Din menurut isterinya Din akan ke Peru pula untuk kerja-kerja carigali minyak. Ku berasa sungguh seronok melihat rakan-rakan telah maju jaya malah ku tumpang gembira melihat kereta kawan-kawan ku yang besar belaka.

Petang ke Bukit Jalil menyaksikan Kejohanan Olahraga terbuka Malaysia disebabkan hari dah petang, sempat ku lihat acara 4x400m dimenangi kuartet Thailand, malamnya ke Mid Valley jalan-jalan sempat singgah Rasa Mas untuk makan-makan.

No comments: