13 August 2009

Asal Usul Marathon

Sukan marathon adalah sukan tertua dalam sejarah Olimpik purba. Acara marathon bermula pada tahun 490 SM, apabila seorang askar Greek berlari membawa berita kemenangan dari medan peperangan Marathon ke Athens, yang mana jaraknya sejauh 26 batu, iaitu bersamaan 41.8 kilometer.


Apabila Sukan Olimpik moden bermula di Athens pada tahun 1896, marathon adalah acara paling ditunggu-tunggukan oleh peserta dan para peminatnya. Seramai 17 orang atlet telah mengambil bahagian dalam acara tersebut.
Acara ini telah dimenangi oleh seorang pengembala tempatan bernama Spiridin Louis, yang dihadiahi sebutir pingat dan seekor kuda, serta sebuah kereta kuda untuk kampungnya.

Sejak pada itu acara ini telah dimenangi oleh pelbagai bangsa di dunia, serta mencetuskan kisah yang menarik. Misalnya, di Sukan Olimpik London pada tahun 1908, peserta Itali Dorando Pietri tiba di stadium dalam keadaan terhuyung-hayang dan terpaksa dipapah ke garisan penamat. Kemenangan tersebut diisytiharkan sebagai tidak sah kerana beliau dibantu oleh orang lain.

Acara marathon adalah acara yang biasanya dijalankan pada hari terakhir sesuatu kejohanan sukan peringkat Asia dan Olimpik.

Sejak itu, acara marathon menjadi semakin popular. Dalam kejohanan Sukan Olimpik 1908, perlumbaan acara marathon telah bermula dari White City, di bahagian barat kota London. Jarak lariannya sejauh 26 batu 385 ela(42.2 km.Semenjak itu, jarak ini telah diiktiraf sebagai jarak rasmi sukan marathon. Pada masa ini, perlumbaan acara marathon telah bermula dari stadium. Peserta yang mengambil bahagian akan berlari di sekitar bandar raya yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik, dan akan berakhir di stadium tersebut.

Acara marathon biasanya bermula pada hari terakhir kejohanan berlangsung. Biasanya acara ini bermula pada awal pagi dan para peserta akan berlari di atas jalan raya.
Selain popular di Sukan Olimpik, marathon juga adalah satu acara yang diadakan di Sukan Komanwel dan kejohanan terbuka lainnya. Acara marathon telah mula dipertandingkan untuk kaum wanita di Sukan Olimpik Los Angeles pada tahun 1984, buat julung kalinya

Biasanya, acara ini akan bermula pada awal-awal pagi. Para pegawai kejohanan akan bersiap sedia sejak subuh untuk menampal pelekat pandu arah, menyediakan air dan sepan untuk mengesat air kepada pelari yang memerlukan. Kawalan keselamatan diadakan dengan begitu rapi. Pihak polis trafik bekerja keras untuk memastikan lokasi pertandingan menjadi medan yang selamat untuk pelari, yang mengambil bahagian.
Para peminat acara ini akan berbaris di tepi-tepi jalan raya untuk menyaksikan pertandingan yang menguji daya tahan otot dan stamina pelari yang mengambil bahagian. Peserta yang memenangi acara ini adalah dianggap sebagai pelari paling kuat daya diri dan semangat juangnya.

Pelari terunggul di dunia

Peserta berkulit hitam dari Kenya adalah antara peserta yang unggul dalam acara ini di peringkat Sukan Olimpik dan dunia. Namun begitu, peserta dari Jepun dan China dari benua Asia juga tidak kurang handal dan hebatnya dalam acara ini.

Lelaki

2h03:59 Haile Gebrselassie
Ethiopia
28 September 2008 Berlin

Wanita

2h15:25 Paula Radcliffe
Great Britain
13 April 2003 London