29 December 2009

Abang aku World

Al-Faisaliah Tower

jalan Raja Fahd

Pagi ni abang aku Ibrahim yang kini bertugas di Riyadh, Arab Saudi membalas email ku. Ku doakan beliau sentiasa sihat sejahtera, tabah dan selamat maju jaya.

Riyadh merupakan ibu negara dan bandar raya terbesar di Kerajaan Arab Saudi. Riyadh mempunyai jumlah penduduk seramai 4,260,000, iaitu 20% daripada populasi seluruh Arab Saudi.

Petempatan di kawasan Riyadh telah wujud sejak zaman sebelum kedatangan Islam. Pada 1744, gerakan Wahabi yang dipimpin oleh Muhammad ibn Saud telah mengasaskan Negeri Saudi Pertama (Daulah Saudiyah Al-Oula). Riyadh menjadi ibu kota kerajaan baru ini pada 1818.

Pada 1902, Abdul Aziz Al-Saud telah merampas kota ini daripada Bani Al-Rasyid. Baginda kemudian menubuhkan Kerajaan Arab Saudi moden dengan Riyadh sebagai ibu negara.
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

No comments: