26 November 2009

Gelanggang kuda menjadi saksi



Tarikh: 26Nov2009
Race: New Balance 5km Run
Tempat: Selangor Turf Club, Mines.
Time: 6.30pm
Jarak:5km
MaxHR:100%
AveHR:100%
Time:
Position:

Kali ini ku terpanggil untuk memberi sedikit gambaran sebelum perlumbaan pada petang ini. Petang ini mungkin akan menjadi perlubaan terhebat sebelum 2009 menutup tirai. Aksi perlumbaan menjadi panas kerana terdapat elemen cabar-mencabar antara aku dan bro. F itu adalah asam garam.

Kelebihan semestinya berpihak kepada beliau berdasarkan pengalaman yang dimiliki, latihan yang cukup serta aksi yang konsisten sepanjang tahun.

Aku sebagai watak jahat hanya berbekalkan harapan dan pengalaman di Dukethon minggu lepas sekiranya memenangi perlumbaan. Untuk panduan, pace yang akan ku gunakan adalah:- 1km@4.00min maintain hingga km 4.

Stategy yang akan ku gunakan ialah dengan berada rapat di sisi beliau sehingga km 4 sebelum diikuti aksi (kicking) tarik-menarik sehingga ke garisan penamat itu pun kalau ada yang mampu bertahan.

“Kalah dah tentu menang belum tau” kata orang kedah. Sehebat manapun seseorang athelete, dalam perlumbaan macam-macam boleh jadi, kalau kome tak percaya tanya En Arul thevar apa yang terjadi pada beliau minggu lepas? dia ada jawapannya.

No comments: