Plan ku membuat latihan kardio dengan berenang di kolam juga tidak menjadi kerana jadual kursus yang terlalu ketat. Walau bagaimanapun sempat ku ambil bau gym sahaja. Tanpa diduga semasa di gym tersebut ku berjumpa dengan Linda budak satu kelas dengan ku semasa di sekolah rendah dahulu, rumah ayahnya terletak di kampung Batu 3, Tebuk Yan, Kakak dia bernama Ina. Kakaknya berniaga menjual laksa, warung mereka terletak berdekatan simpang menghala masuk ke kampung mereka.
Linda bekerja sebagai jurulatih kecergasan di sini, ku kagum juga dengan dia walaupun berkaki palsu (disablity) tetapi masih boleh terlibat dengan sukan. Itu lah uniknya sukan tidak mengira batas, kecacatan, usia, jantina, kaum, agama dan lain-lain, pokok kata semua orang boleh bersukan.
Dari hari jumaat petang hingga ahad petang di sinilah ku bertapa mengabdikan diri kepada kerjaya ku. Kepada Geng Chap Ayam dan kawan-kawan yang lain terutama yang berjaya menyertai Ekiden Run tahniah ku ucapkan.


No comments:
Post a Comment