16 November 2009

Pendapatan No.5?

Kalau sukan berlari ini boleh diketegorikan sebagai sumber pendapatan, aku rasa sukan ini boleh menjadi sumber pendapatan ku yang kelima. Jika aku jadikan sukan berlari ini sebagai karier sepenuh masa alamatnya anak dan bini aku akan mati tak makan la jawabnya.

Kalau dibandingkan pendapatan nombor lima ini dengan pendapatan aku yang lain, pendapatan nombor lima inilah yang paling ciput malah tiada langsung yang masuk setiap bulan, keluar lagi ada.

Tahun lepas adalah sikit, tahun ni langsung tak ada. Pesan abah aku jika rugi mencecah Rm1000 elok berhenti sahaja perniagaan yang kita jalankan itu. Betul kata abah aku memang dah cecah RM1000 aku buat modal membeli kelengkapan berlari, jadi patutkah aku berhenti?.

Belum masanya sukan boleh dijadikan sumber pendapatan dan jangan mimpilah sukan akan menjadi sumber pendapatan aku nombor lima. Tetapi sukan boleh dijadikan bonus. Kenapa aku perlu dapat bonus? Bonus sebagai menghargai diri aku kerana tekun berusaha untuk menjaga kesihatan dan menghindarkan diri menaikkan berat badan.

Bonus yang aku dapat cukuplah seperti mengelilingi Malaysia setiap tahun secara percuma, baju ditaja, cuti bergaji, elaun tu dan elaun ini, kawan pun ramai jadi bersyukurlah. Dari sehari kehari aku sentiasa berusaha tingkatkan prestasi dalam bersukan, kata orang tempurung kasi pecah la…betul tak abang Ramlan?
Agaknya bila nak sampai tahap ni?

2 comments:

ramlan said...

gang, so lu dah mention nama wa terpanggil wa explain: semenjak azali lagi manusia itu harus melakukan olah tubuh...otot perlu dikuatkan disamping reflek sama peredaran darah....latihan bebanan dan larian contohnya akn melatih tuboh menjadi kuat dan akan menjadi istimewa dibandingkan dgn org lain. Justeru kpd meke yang berbakat terus menjadi ahli sukan dan diasah dari kecil boleh menjadi bintang, penamatnya akan beroleh pendapatan lumayan jika taraf prestasinya tinggi. Kepada yang tidak memperoleh apa2 faedah dari sukan anggaplah sebagai riadah yang boleh mendapat pahala kerana kita perlu sihat untuk beribadat. Jgn fikir pendapatan atau faedah shj....happy dan kesejahteraan hidup adalah diutamakan...kalu anda happy buat...kalau tak happy tinggalkan...awas perut akn boroi copat jika tinggalkannyer.....

@FaD said...

kenapa kite trening tp xlaju2 lari?