02 November 2009

Hanya Gurun

Marathon Des Sables sebenarnya bermula pada tahun 1986 acara ini sangat terkenal kerana keunikannya berlatar belakang Gurun Sahara, Marocco. Marathon ini sangat-sangat sukar dan sehingga kini belum ada peserta Chap Ayam Runner atau atlet bertaraf Malaysia yang menyertai acara marathon ini. Acara ini banyak disertai oleh peserta dari Eropah.

Acara ini biasanya mengambil masa 6 hari berdasarkan jarak laluannya sejauh 151mile iaitu mesti merentasi gurun Sahara formatnya adalah perlumbaan menggunakan kaki seperti bejalan, berjoging atau pun berlari kalau guna motosikal tidak dikira. Pada mulanya ada 23 sahaja otai yang berani dan berjaya menamatkan cabaran. Tahun berganti tahun kini terdapat lebih 700 atlet yang telah menyertai acara ini.

March hingga April adalah bulan yang menjadi pilihan pada setiap tahun. Format nya adalah sama setiap tahun cuma laluannya ditukarkan supaya menjanjikan kelainan dan cabaran berbeza pada setiap tahun.

Peringkat perlumbaan dibahagikan kepada 4. Peringkat pertama 12-16mile kemudian di ikuti peringkat kedua sejauh 22mile, ketiga 22mile lagi, pada peringkat keempat terutamanya 50mile sebelum kegarisan penamat adalah bahagian yang paling sukar ada istilah menyebut “The Longest day” faham-fahamlah maksudnya kawan-kawan.

Kalau jaraknya jauh maknanya makanan mestilah dibawa sendiri bersama kelengkapan perkhemahan kalau lupa alamatnya mati kebuluran atau kesejukan di tengah gurun. Cuaca paling tinggi adalah 50C pada waktu siang dan 5oC pada sebelah malam.

Antara peserta yang pernah menjadi juara adalah Mohamed Ahansal dari Marocco kerana berjaya mencatat 19jam 27minit 42saat dengan purata kelajuan 12.6km/hr. Teringat pulak pada Farid yang sukakan aksi lasak dan ultra marathon macam ni.

Antara fakta-fakta yang menarik tentang MDS

• 1 buah Helicopter dan pesawat Cesna digunakan.
• 4 ekor unta.
• 18 biji bas.
• 40 kumpulan perubatan
• 150 khemah jenis padang pasir
• 400 staf sokongan
• 2,300 antibiotik & 5300 painkiller digunakan pada cabaran 2008
• 8500 peserta sejak cabaran bermula.
• 100,000 liter air digunakan
• 14% peserta wanita
• 30% peserta ulangan
• 45% peserta veteran
• 70% peserta International
• 16 tahun adalah umur peserta termuda
• 78 tahun adalah umur peserta paling veteran setakat ini
• 3km/h:purata kelajuan minimum
• 14km/h:purata kelajuan maksima.

10min selepas garisan permulaan
air, air....di manakah air?

lihatlah Peter dengan medalnya

No comments: