30 September 2009

Gua pun layan rock

Satu ketika semasa di Pizza Hut lucy garden, Bangsar ada seorang Asist. Manger Pizza Hut namaya Khairul layan lagu ni. Hari-hari dia memekak menyayikan lagu ni tak kira masa dari siang sampai kemalam pokok kata tak kira masa, tapi nasib baiklah vokal dia ok dan bolehlah diterima pakai dengar cerita dari iparku dia pun dah tak kerja disitu lagi.

Bila dengar lagu ni mengimbau kembali zaman kanak-kanak ku ditahun 1990 ketika itu aku baru sahaja darjah 3 di Sekolah Kebangsaan Sungai Batu, Pantai Remis, Perak. Aku sanggup membeli keset cetak rompak berharga RM3 di sebuah kedai kaset cina di pekan Pantai Remis, sekarang kedai tu dah bertukar pemilik semata-mata ingin mendengar lagu ni secara berulang-ulang kali.

Album Formula Mimpi dikeluarkan pada tahun 1990 di nyayikan oleh kumpulan Putra, Kumpulan ini biasa-biasa sahaja berbanding dengan nama besar kumpulan rock yang lain seperti Search, Wing, May dan sebagainya, masih ku ingat lagi lagu hitnya yang berjudul Kain Cinta Putih Putih antara yang mendapat perhatian dan selalu bermain dibibirku ketika menggalas beg berjalan kaki menuju ke sekolah. Apa yang peliknya umurku waktu itu hanya lah 9 tahun maksud lagu ni pun tidak ku faham tetapi ku tetap sukakan lagu ini, mungkin chemistry yang digunakan oleh pencipta lagu ni membuatkan ianya menjadi berantu.

Sekitar tahun 1990, kumpulan Putra pernah menggegarkan tapak pesta Laut Lumut bertempat di Pantai Teluk Batik. Masih ku ingat pada masa itu mat-mat rock kampung seperti Tok mi anak Kak lah Cin, Ali Pak Sin, Tam Gila, Geng pagaq Ayaq, Anak tok sidang Tebok Yan dan lain-lain tidak melepaskan peluang untuk berkunjung kesana beramai-ramai kerana ingin melihat konsert Rock.

kepada brader-brader rock seluar ketat color merah gua salute lu orang dan gua publishkan artikel ini.


Cinta Kain Putih

Ku jalan sendiri tiada tempat
Untuk menanti
Tiada mu aku menyepi
Bayanganmu aku mencari...

Ku sangkakan hujan
Tapi taufan datang melanda
Ku mencari tanpa pegangan
Dan tersungkur di ketepian

Kain putih yang kuberi padamu
Kini pudar warna-warnanya
Kuselimut di atas ikal rambutmu
Kian jatuh terus cecah ke bahu...

Ku mencari bayangmu tiada
Di langit biru di lautan api
Kau hilang dan semakin jauh
Hujung dunia kita berjumpa

Bila ku lihat kau dihancur
Bagaikan luruh bunga yang gugur

Kusunting dirimu
Kan kugenggam hatimu itu
Kan kujaga wahai bungaku
Kau kan tumbuh subur mewangi

Kau mekarlah wahai mu bunga
Subur menguntum ditaman hati
Kau hilang dan semakin jauh
hujung dunia kita berjumpa

No comments: